Get graphics at Nackvision.com

Saturday, March 12, 2011

Komen tentang IDEA dan kaitkan dengan pendidikan khas di Malaysia


Antara prinsip yang dikemukakan oleh IDEA ialah zero reject iaitu pendidikan untuk semua pelajar kelainan upaya yang layak dan tiada terkecuali. Zero reject sangat bagus kerana ia amat mementingkan pendidikan dan ia melihat kepada kekuatan seseorang individu itu bukan kelemahannya.Pelajar akan dapat perkhidmatan yang sepatutnya selepas didapati layak untuk memasuki pendidikan khas.Walaubagaimanapun di Malaysia masih lagi teragak-agak untuk melaksanakannya kerana kurang pemahaman dan tenaga pakar yang tidak mencukupi.
Selain daripada itu, prinsip yang dikemukakan ialah protection in evaluation iaitu menjalankan penaksiran untuk memastikan pelajar mempunyai kekurangan upaya yang termaktub dalam IDEA untuk memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Penaksiran yang dilakukan tanpa diskriminasi serta pelbagai alatan dan strategi untuk mengumpul maklumat. Proses penaksiran dilakukan oleh kumpulan multidisciplinary seperti pakar psikologi, guru, ibubapa dan lain-lain. Di Malaysia tidak terdapat kumpulan multidscplinary ini, mungkin
Prinsip yang ketiga ialah free appropriate public education iaitu pendidikan yang bersesuaian. Perkhidmatan yang diberi teknologi bantuan, terapi pertuturan, pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan lain-lain lagi. Rancangan pendidikan individu yang terlibat ialah ibubapa, guru pendidikan khas dan pendidikan aliran perdana serta individu yang mempunyai pengetahuan tentang penilaian.
Prinsip yang keempat ialah persekitaran tidak terhad iaitu mendidik pelajar kurang upaya bersama dengan pelajar tipikal semaksima yang mungkin. Di Malaysia persekitaran tidak terhad tidak dapat dilaksanakan secara efisien keranan tidak mempunayai infrastruktur dan prasarana yang mencukupi.
Prinsip yang kelima ialah procedural safeguards
Prinsip yang terakhir ialah penglibatan ibubapa. Ibubapa berperanan dalam menentukan program pendidikan khas anak-anak mereka. Di Malaysia peranan ibubapa tidak berapa jelas dalam menentukan pendidikan seseorang itu kerana ramai ibubapa yang masih tidak faham.

Wednesday, October 27, 2010

Kecelaruan Manik‐Depresif (Kecelaruan Dwikutub) -BUKAN GILA



Pengenalan 
Ini adalah satu keadaan di mana seseorang  itu mengalami perubahan pada perasaan atau
emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik).
Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.
Tanda & gejala 
Fasa Depresif (kemurungan)
1.  Gangguan perasaan 
o  Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2.  Gangguan fungsi kognitif 
o  berasa putus asa,tidak ada harapan masa depan. 
o  berasa berdosa,diri tidak berguna ,tidak dapat ditolong lagi 
o  fikiran ingin membunuh diri 
o  hilang perasaan seronok 
o  hilang penumpuan fikiran 
o  hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti 
3.  Tanda-tanda biologi / fizikal 
o  Hilang selera makan 
o  Turun berat badan 
o  Gangguan tidur 
o  Hilang nafsu seks 
o  Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita 
o  Mudah berasa letih dan tidak bertenaga
Fasa Manik
1.  Gangguan perasaan
o  Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
2.  Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang laindan tinggi harga diri. 
3.  Mudah berasa marah 
4.  Kurang keperluan untuk tidur 
5.  Lebih banyak bercakap dari biasa. 
6.  Perhatian mudah berubah-ubah. 
7.  Meningkat nafsu seks 
8.  Boros dalam berbelanja
 
 Rawatan
Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya. 
•  Rawatan ubat-ubatan:: 
o  Ubat antidepressant digunakan semasa fasa depresif dan dibarhentikan semasa
fasa manik. 
o  Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan dikedua-dua fasa penyakit. 
o  Sejenis ubat yang dipanggil "mood stabilizer" digunakan untuk mencegah
perubahan perasaan yang terlalu cepat.
Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan anda perlu
mengambilnya sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor anda.
•  Terapi psikologikal:

Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali
dan memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan
teknik terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu 
•  Kaunseling individu 
o  Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan
anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu
meningkatkan keyakinan dan jati diri anda. 
•  Terapi Berkelompok 
o  Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang
sama contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi Kaunseling bersama-
sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya.
Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi
sokongan dan galakan.
•  Pendidikan kesihatan 
o  Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-
langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
•  Terapi Keluarga 
o  Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif.
menangani stress.
 
Pencegahan
Langkah-langkah mengurangkan stress.
 
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan
rehabilatasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali
berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan psikiatri disetiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit
pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari
penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan
psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan
keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.
Kumpulan Sokongan 
•  KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor) 
•  MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya) 
•  Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri

CUCI TANGAN-JAGA KEBERSIHAN

Cuci tangan cegah jangkitan

Ketika seluruh dunia dilanda kebimbangan kemunculan pelbagai wabak, banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan.
Menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan diri, rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax dan Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan program kesedaran dan pendidikan bersama menerusi Kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.
Usaha murni itu juga turut mendapat sokongan Hospital Sungai Buloh dan juga hospital-hospital di seluruh negara, pengusaha restoran dan 33 buah sekolah.
Kempen tersebut dijangka membabitkan penyertaan lebih dua juta orang dari pelbagai peringkat. Ia juga dipercayai menjadi kempen kebersihan tangan haisl kerjasama jabatan kerajaan dan swasta yang terbesar di negara ini.
Kempen tersebut menumpukan perhatian kepada golongan muda termasuk murid-murid sekolah di mana golongan tersebut yang paling mudah terdedah dengan risiko jangkitan virus dan penyakit berjangkit.
Sejajar dengan tema 1Malaysia, kempen tersebut juga turut diadakan di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya yang menempatkan tiga buah sekolah yang berbeza aliran.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, ketika merasmikan kempen tersebut memberitahu, melalui pencucian tangan yang bersih dan betul, ia mampu mengelak daripada terus dijangkiti penyakit terutama melibatkan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
''Mencuci tangan dengan sabun antara cara yang paling berkesan dan mampu mencegah daripada dijangkiti penyakit,'' katanya pada majlis tersebut.
Katanya, melalui kempen ia menjadikan pelajar dan guru sebagai duta untuk mengelakkan risiko jangkitan dan penyakit melalui udara.
Katanya lagi, kempen melalui sekolah sebenarnya mampu dihebahkan lebih cepat berbanding saluran lain dan konsep mulut ke mulut mampu memberikan latihan, didikan dan kesedaran mengenai aspek kesihatan yang betul.
Selaras isu semasa, kaedah mencuci tangan dengan betul dikatakan mampu mengelakkan masalah wabak HFMD yang kian hangat diperkatakan kini.
Malahan, wabak seperti selesema, batuk dan jangkitan kerongkong yang ketara meningkat akibat cuaca juga bakal berkurangan.
Seeloknya, beliau mencadangkan individu terutama pengguna perkhidmatan awam agar menyediakan tisu, sapu tangan atau sanitizier apabila bersin atau batuk di tempat umum.
''Apabila bersin atau batuk di tempat awam, secara automatik kita menyebarkan virus di udara. Jadi, tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.
"Jika tidak ada jangan pula tahan dengan tangan kerana ia digunakan untuk memegang pelbagai barang yang turut digunakan orang ramai sebaliknya bersin pada baju di kawasan ketiak.
''Baju akan menyerap bakteria daripada terawang-awang di udara seterusnya mengelakkan risiko jangkitan pada orang ramai," katanya.
Turut hadir merasmikan kempen tersebut, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim dan Duta produk Antabax, Ziana Zain.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Lam Soon , Carmen Foo memberitahu, Antabax menganjurkan kempen selama sebulan selepas mendapat maklum balas yang memberansangkan.
''Sebagai sebuah jenama Malaysia yang komited terhadap penjagaan kesihatan da kebersihan, kami telah memperuntukan sejumlah dana khas untuk program bagi memastikan mesej menjaga kebersihan tangan di capai dan difahami oleh seluruh rakyat,'' ujarnya .

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE KILK SINI

KESIMPULANNYA CUCI TANGAN SEBELUM MAKAN :)




TEKNOLOGI ORANG KURANG UPAYA- Augementative and Alternative Communication (ACC)


i)Dibantu-board komunikasi


iI)Tidak dibantu-bahasa isyarat

Augmentative communication-komunikasi lisan yang sedia ada. (Mustonen, Locke, Reichle, Solbrack, & Lindgren, 1991).
Alternative communication -teknik yang menggantikan komunikasi bertutur untuk mereka yang tidak boleh atau kemahiran bahasa bertutur tidak berkembang (McCornick & Shane, 1990).

Friday, October 22, 2010

PDK...PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

SISTEM PENGURUSAN DAN SEKARELAWAN
PDK TELOK DATOK, BANTING, SELANGOR

membuat carta organisasi PDK TELOK DATOK
Hiasan sempena majlis berbuka puasa
PDK TELOK DATOK
mengemas fail-fail
mencatikkan pdk sempena majlis berbuka puasa

Membuat jadual waktu PDK

kemahiran berfikir kritis dan kreatif


RUMUSAN ARTIKEL (19 oktober 2010)


Berdasarkan laman web diatas artikel yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dapat dirumuskan bahawa kaedah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu diterapkan oleh guru bahasa melayu terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan mata-mata pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang
kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,  menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti membanding dan membeza, membuat ramalan, menerangkan sebab,  mengkategori dan lain-lain.
Objektif-objektif khusus kajian ini adalah seperti melihat tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,melihat unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam persediaan pengajaran guru. melihat kehadiran unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam penyampaian keseluruhan pengajaran, iaitu dalam  aspek Set Induksi, Penggunaan bahan asas dan bahan bantu mengajar ,Aras soalan dan teknik menyoal Aktiviti/gerak kerja dan Latihan bertulis.
Dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua kemahiran bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan memaham, kemahiran menulis dan kemahiran Tatabahasa.
Antara unsur-unsur yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir yang dapat dikesan dalam Rancangan Harian adalah seperti dapat membuat rumusan, dapat memberi pandangan, dapat menyambung cerita mengikut tema,dapat meramal/mengagak kejadian yang mungkin berlaku, dapat memahami/mentafsir, dapat membina graf garisan, dapat menulis pernyataan daripada rajah carta aliran,dapat menyatakan unsur tersirat serta dapat membina peta minda.
Set induksi penting untuk menarik minat serta perhatian pelajar dan seterusnya memudahkan pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Bentuk aktiviti yang dianggap mengandungi unsur Kemahiran Berfikir ialah mencungkil pengetahuan sedia pelajar, membanding dan membeza, menerangkan sebab, menggunakan peta minda, menggunakan bahan grafik,menceritakan semula isi bahan yang telah dibaca. Kebanyakan guru melaksanakan set induksi dalam pengajaran melalui aktiviti bersoal-jawab.
Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud Langkah-langkah dalam penggunaan bahan dan bahan bantu mengajar (BBM) yang menampakkan unsur Kemahiran Berfikir ialah, menghuraikan data berdasarkan soalan-soalan yang menggunakan kata tanya ‘bagaimana’, ‘mengapa’, ‘pada pendapat anda’, meramal situasi berdasarkan dialog dalam cerpen danelengkapkan peta minda untuk tujuan menyediakan rangka karangan. 
Untuk melihat tahap soalan yang dikemukakan oleh guru, kajian ini mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan aras kognitif seperti pengetahuan,  kefahaman, penggunaan,analisis dan sintesis. Contoh soalan-soalan aras tinggi yang berunsur Kemahiran Berfikir yang dikemukakan oleh guru adalah seperti bagaimanakah penyajak menempuh alam kedewasaannya tanpa kehadiran ibunya?, nyatakan faktor-faktor masalah remaja, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan ‘kasih ibu seperti embun pagi, kategorikan penggunaan di dan pada berdasarkan teks mengikut maksud yang sebenar, pada pendapat anda apakah/mengapakah/bagaimanakah...............? 
Pengajaran bahasa merujuk kepada proses penyampaian isi pelajaran tentang kebahasaan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya. Pembelajaran bahasa pula merupakan perubahan tingkahlaku pelajar tentang kebahasaan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang berlansung di bilik darjah Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kajin ini adalah seperti menyatakan isi tersirat daripada graf, menyusun rangka karangan dengan melengkapkan peta minda, perancangan tentang isi-isi berkaitan dengan tajuk karangan, mengarang sajak, sumbangsaran dan melengkapkan jadual. Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranmerupakan ciri pengajaran yang memang ditekankan dalam KBSM.
Latihan bertulis merupakan komponen yang dapat memperkukuh dan meningkatkan pemahaman pelajar ke atas isi pelajaran. Di antara latihan bertulis tersebut ialah membuat rumusan daripada Carta Pie tentang pendapatan dan perbelanjaan, mengarang berdasarkan idea-idea utama yang disusun dalam bentuk peta minda, latihan-latihan pemahaman berdasarkan graf bar, carta pie, jadual matrik dan carta aliran dan latihan pemetaan fakta atau ide mengenai tajuk yang diajar. 
 Dalam kajian ini kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah penyampaian pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan bahan pengajaran. Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBKK dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang melibatkan pelajar. Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar oleh 52% guru yang dikaji.Oleh itu, Program pendedahan di peringkat sekolah perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh guru dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

REFLEKSI METAKOGNITIF
Ada 3 cara refleksi metakognitif saya telah lakukan semasa mencari bahan-bahan ini. Antarnya ialah
a)        a)Merancang
b)     b) Memantau
c)     c) Menilai

a)      Merancang

“Pelajar dikehendaki mencari bahan daripada internet mengenai penilaian kemahiran berfikir dalam P&P. Berdasarkan bahan yang diperoleh, pelajar dikehendaki membuat rumusan mengenai penilaian kemahiran berfikir pelajar dalam P&P. Selepas itu pelajar dikehendaki membuat refleksi metakognitif mengenai langkah-langkah yang dijalankan oleh mereka ketika mencari bahan tersebut secara on-line dan bagaimana mereka mempelajari bahan-bahan tersebut untuk digunakan ketika membuat rumusan tentang kaedah penilaian kemahiran berfikir dalam P&P”.

Semasa merancang, berdasarkan soalan di atas saya perlu memahami dahulu kehendak soalan dan setelah itu saya menganalisis soalan tersebut dengan menggariskan perkara yang harus dilakukan dalam tugasan ini. Setelah saya meneliti dan menganalisis soalan tersebut saya mendapati dalam tugasan ini saya perlu mencari bahan dari internet mengenai penilaian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), membuat rumusan mengenai penilaian kemahiran berfikir pelajar dalam P&P dan membuat refleksi metakognitif ketika mencari bahan tersebut secara online.Pertama  saya berfikir berapa artikel yang saya perlu cari dan saya fikir saya perlu cari seberapa banyak bahan yang boleh saya dapat agar saya dapat membuat pilihan. Kedua, apakah kata kunci yang sesuai yang hendak ditulis dalam enjin pencarian internet dan apakah enjin pencarian yang sesuai ketika hendak mencari bahan tersebut. Mungkin kata kunci yang sesuai ialah ialah penilaian kemahiran berfikir pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir pelajar di dalam bilik darjah, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta  akhir sekali kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar dalam bilik darjah. Mula-mula saya haruslah menggunakan enjin pencarian google dan kemudian barulah menggunakan yahoo sama ada di Malaysia mahupun seluruh internet. Akhir sekali berapakah peruntukan masa yang saya perlu untuk mencari bahan-bahan ini mungkin dua, tiga jam atau 2 hari.

b)      Memantau

Semasa dalam proses pencarian saya memantau bahan atau artikel yang sesuai untuk tugasan ini. Bahan pertama yang saya jumpai dalam enjin pencarian google  ialah:http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf

Artikel laman web ini bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Kajian ini ditulis oleh oleh Rafiei b Hj Mustapha panitia Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan. Kajian ini berkisar sejauh mana seorang guru itu menggunakan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses pegajaran dan pembelajaran sekolah menengah negara Malaysia. Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,  menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut membanding dan membeza, membuat ramalan, menerangkan sebab, mengkategori dan lain-lain. Dalam kajian ini juga , pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan ialah merangkumi semua aspek kemahiran bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan memaham, kemahiran menulis dan kemahiran Tatabahasa. Ia juga merangkumi segala aktiviti dan penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Di antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir di kalangan pelajar adalah seperti berikut perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir,berfikir secara aktif - pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat pengurusan berfiki,berfikir tentang proses berfikir - pelajar disoal tentang proses berfikir yang telah mereka lakukan; kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan dan aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.Selain itu dari aspek penyoalan guru hendaklah mengemukan soalan berdasarkan aras kognitif seperti pengetahuan, kefahaman, penggunaan,analisi dan sintesis.

Laman web yang kedua juga saya jumpa dalam enjin pencarian google iaitu http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf

Artikel laman web ini bertajuk Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran yang ditulis oleh N.S. Rajendran Ph. D. (Michigan State), Fakulti sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Artikel ini merupakan kertas kerja yang mengkaji aspek penyediaan guru untuk membolehkan guru-guru mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang diajar. Antara aspek yang diberi penumpuan ialah aspek ilmu, kemahiran pengajaran pembelajaran dan sikap, proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Guru perlulah menerima penglibatan yang aktif agar pelajar menerima pengalaman bermakana melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,juga guru yang bersepsi bahawa mengajar kemahiran berfikir bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam bentuk penyebatian pada tahap rendah. Guru yang bersepsi bahawa merancang pelajaran untuk mengajar ialah pada tahap yang tinggi.

Laman web yang ketiga yang saya dapat dan juga daripada enjin pencarian google ialah http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article100.pdf

Artikel laman web ini bertajuk MELAYAN PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN : PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR SEBAGAI SATU ALTERNATIF BERKESAN oleh K. Narayanasamy,Ketua Unit Pengajian Tamil, MPSK. Keefe (1979) mendefinisiskan gaya pembelajaran sebagai   komposit ciri-ciri beberapa  faktor  kognitif,  efektif  dan  psikologi  yang menjadi  indikator-indikator bagaimana  seseorang  membuat  persepsi  dan  berinteraksi  serta  respon  dengan  alam sekitarnya. Ada  juga  yang  mengatakan  gaya  pembelajaran  sebagai  pola-pola  intrinsik memproses  informasi  yang  mewakili  mod/cara  tertentu  seseorang  membuat persepsi,  berfikir, mengingat  kembali  dan  menyelesaikan  masalah.  Takrifan  ini lebih  menonjolkan  unsur  kognitif  gaya  pemprosesan  dan  berfikir  manusia. Lantaran  itu,  istilah  `Cognitive  style'  sering  digunakan  sebagai  indikator  untuk gaya pembelajaran. Reichmann  dan Grasha  (1974)  telah menyarankan  beberapa  jenis    pelajar  bersaskan  kepada  cara  mereka  gemar 
belajar.Antaranya  adalah,  pelajar  yang  ingin  belajar  secara  bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Proses-proses  utama  kemahiaran  berfikir membuat  banding  dan  beza  yang  ditekankan  oleh  guru  tersesbut  adalah  seperti berikut, mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakan, mencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebut  ,mencari perbezaan, sebelummencari berbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaan dan lain-lain. Penyebatian  kemahiran  berfikir  dengan  konteks  atau  isi  kandungan pembelajaran memberi  peluang  untuk  pelajar memproses  informasi  secara  aktif dan  reflektif.


 Artikel ini bertajuk KESAN PENDEKATAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DALAM PENGAJARAN KARANGAN DESKRIPTIF  DAN KARANGAN IMAGINATIF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN IV oleh SITI ZABIDAH BT MOHAMED. Artikel tesis ini membincangkan  potensi kreatif boleh dipertingkatkan.  Dapatan kajian Torrance (1963) menunjukkan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak-kanak kaku dan beku.   Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersama-sama dengan kelahiran, perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah ‘berfikir biasa’ yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai.Bagi merealisasikan penggunaan unsur kemahiran berfikir kreatif  (KBK) dalam penulisan karangan, Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998) menyatakan bahawa kemahiran berfikir telah dinyatakan secara eksplisit dalam kurikulum Bahasa Melayu.  Penyebatian kemahiran berfikir bersama isi kandungan pelajaran adalah untuk mendedahkan proses berfikir kepada pelajar melalui aktiviti, penggunaan alat berfikir  dan bahan rangsangan yang digunakan dalam proses pengajaran.  Melalui proses pengajaran, diharapkan dapat melahirkan pelajar yang  peka kepada persekitaran dan boleh dimanfaatkan melalui penulisan karangan.

c)      Penilaian.

           Setelah penat mencari  artikel-artikel kemahiran berfikir yang berkaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu hampir 2 jam lebih, akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih salah satu artikel daripada 4 artikel tersebut. Namun begitu, semasa dalam penilaian ada beberapa artikel yang saya keliru hendak mengambil mana satu iaitu antara artikel yang bertajuk  Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Melayan Pelbagai Gaya Pembelajaran: Pengajaran Kemahiran Berfikir Sebagai Satu Alternatif Berkesan. Keduanya duanya hampir memenuhi kehendak soalan yang diberi. Namun demikian setelah saya telah teliti kembali kedua-dua artikel tersebut, maka saya memilih artikel yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Hal ini kerana artikel ini seperti menepati kehendak soalan iaitu kemahiran berfifkir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Unsur Kemahiran Berfikir yang hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah aspek-aspek seperti penyoalan, aktiviti dan latihan bertulis, unsur tersebut telah terjelma dalam pengajaran. Walaupun masih ada guru masih belum sedar tentang kepentingan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, program pendedahan di peringkat sekolah perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh guru dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru ialah dari segi pengetahuan guru, perancangan,Set Induksi Pengajaran, Bahan Pengajaran, Penyoalan, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan Latihan Bertulis. Kemudian saya menulis rumusan berdasarkan artikel tersebut.



RUJUKAN

Friday, May 7, 2010

hpp12 kesimpulan

Dapatan kajian juga ibubapa kurang memberi sumbangan dalam perancangan isi pengajaran individu untuk anak-anak mereka.Ibubapa menjalankan intervensi dirumah berdasarkan apa yang disuruh oleh guru.Kemudian ibubapa memberi laporan kepada guru serta jika anak mereka dapat menguasai kemahiran tersebut guru yang akan merancang kemahiran baru.Namun masih lagi terdapat segelintir ibubapa yang membuat perbincangan bersama guru.


Penglibatan Ibubapa

Dapatan telah memberikan gambaran lebih mendalam keatas kolaborasi dan komunikasi antara pembekal perkhidmatan dan ibubapa.Dalam kolaborasi ini ibubapa membincangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran anak serta kebolehan atau keupayaan anak mereka.



KESIMPULAN

Kanak-kanak masalah pendengaran mempunyai perkembangan kognitif yang normal seperti kanak-kanak tipikal yang lain.Oleh itu,guru-guru pendidikan khas diberi latihan untuk mengikuti kurikulum biasa dengna jayanya.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu mengendalikan intervensi awal kepada kanak-kanak pekak ini.Kemahiran dalam menguasai bahasa mereka lemah dan ini aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa,guru dan masyrakat.

Untuk menghasilkan program yang efekif kepada kanak-kanak autistik kalobrasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan.Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak autistik ini terutamanya umur di antara 0-6 tahun.Keberkesanan intervensi yang dijalankan dan kemajuan terhadap perkembangan kanak-kanak autistik amat bergantung kepada sikap ibubapa yang positif.

Kesimpulannya pendidikan yang pelbagai serta kreatif perlu diwujudkan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan autistik.Kedua-duanya masalah yang berbeza dan mempunyai corak pendidikan tersendiri.Oleh itu semua pihak harus bekerjasama agar semua kanak-kanak dapat menikmati peluang pendidikan.