RUMUSAN ARTIKEL (19 oktober 2010)
Berdasarkan laman web diatas artikel yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dapat dirumuskan bahawa kaedah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu diterapkan oleh guru bahasa melayu terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan mata-mata pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang
kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti membanding dan membeza, membuat ramalan, menerangkan sebab, mengkategori dan lain-lain.
Objektif-objektif khusus kajian ini adalah seperti melihat tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,melihat unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam persediaan pengajaran guru. melihat kehadiran unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam penyampaian keseluruhan pengajaran, iaitu dalam aspek Set Induksi, Penggunaan bahan asas dan bahan bantu mengajar ,Aras soalan dan teknik menyoal Aktiviti/gerak kerja dan Latihan bertulis.
Dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua kemahiran bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan memaham, kemahiran menulis dan kemahiran Tatabahasa.
Antara unsur-unsur yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir yang dapat dikesan dalam Rancangan Harian adalah seperti dapat membuat rumusan, dapat memberi pandangan, dapat menyambung cerita mengikut tema,dapat meramal/mengagak kejadian yang mungkin berlaku, dapat memahami/mentafsir, dapat membina graf garisan, dapat menulis pernyataan daripada rajah carta aliran,dapat menyatakan unsur tersirat serta dapat membina peta minda.
Set induksi penting untuk menarik minat serta perhatian pelajar dan seterusnya memudahkan pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Bentuk aktiviti yang dianggap mengandungi unsur Kemahiran Berfikir ialah mencungkil pengetahuan sedia pelajar, membanding dan membeza, menerangkan sebab, menggunakan peta minda, menggunakan bahan grafik,menceritakan semula isi bahan yang telah dibaca. Kebanyakan guru melaksanakan set induksi dalam pengajaran melalui aktiviti bersoal-jawab.
Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud Langkah-langkah dalam penggunaan bahan dan bahan bantu mengajar (BBM) yang menampakkan unsur Kemahiran Berfikir ialah, menghuraikan data berdasarkan soalan-soalan yang menggunakan kata tanya ‘bagaimana’, ‘mengapa’, ‘pada pendapat anda’, meramal situasi berdasarkan dialog dalam cerpen danelengkapkan peta minda untuk tujuan menyediakan rangka karangan.
Untuk melihat tahap soalan yang dikemukakan oleh guru, kajian ini mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan aras kognitif seperti pengetahuan, kefahaman, penggunaan,analisis dan sintesis. Contoh soalan-soalan aras tinggi yang berunsur Kemahiran Berfikir yang dikemukakan oleh guru adalah seperti bagaimanakah penyajak menempuh alam kedewasaannya tanpa kehadiran ibunya?, nyatakan faktor-faktor masalah remaja, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan ‘kasih ibu seperti embun pagi, kategorikan penggunaan di dan pada berdasarkan teks mengikut maksud yang sebenar, pada pendapat anda apakah/mengapakah/bagaimanakah...............?
Pengajaran bahasa merujuk kepada proses penyampaian isi pelajaran tentang kebahasaan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya. Pembelajaran bahasa pula merupakan perubahan tingkahlaku pelajar tentang kebahasaan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang berlansung di bilik darjah Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kajin ini adalah seperti menyatakan isi tersirat daripada graf, menyusun rangka karangan dengan melengkapkan peta minda, perancangan tentang isi-isi berkaitan dengan tajuk karangan, mengarang sajak, sumbangsaran dan melengkapkan jadual. Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranmerupakan ciri pengajaran yang memang ditekankan dalam KBSM.
Latihan bertulis merupakan komponen yang dapat memperkukuh dan meningkatkan pemahaman pelajar ke atas isi pelajaran. Di antara latihan bertulis tersebut ialah membuat rumusan daripada Carta Pie tentang pendapatan dan perbelanjaan, mengarang berdasarkan idea-idea utama yang disusun dalam bentuk peta minda, latihan-latihan pemahaman berdasarkan graf bar, carta pie, jadual matrik dan carta aliran dan latihan pemetaan fakta atau ide mengenai tajuk yang diajar.
Dalam kajian ini kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah penyampaian pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan bahan pengajaran. Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBKK dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang melibatkan pelajar. Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar oleh 52% guru yang dikaji.Oleh itu, Program pendedahan di peringkat sekolah perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh guru dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
REFLEKSI METAKOGNITIF
Ada 3 cara refleksi metakognitif saya telah lakukan semasa mencari bahan-bahan ini. Antarnya ialah
a) a)Merancang
b) b) Memantau
c) c) Menilai
a) Merancang
“Pelajar dikehendaki mencari bahan daripada internet mengenai penilaian kemahiran berfikir dalam P&P. Berdasarkan bahan yang diperoleh, pelajar dikehendaki membuat rumusan mengenai penilaian kemahiran berfikir pelajar dalam P&P. Selepas itu pelajar dikehendaki membuat refleksi metakognitif mengenai langkah-langkah yang dijalankan oleh mereka ketika mencari bahan tersebut secara on-line dan bagaimana mereka mempelajari bahan-bahan tersebut untuk digunakan ketika membuat rumusan tentang kaedah penilaian kemahiran berfikir dalam P&P”.
Semasa merancang, berdasarkan soalan di atas saya perlu memahami dahulu kehendak soalan dan setelah itu saya menganalisis soalan tersebut dengan menggariskan perkara yang harus dilakukan dalam tugasan ini. Setelah saya meneliti dan menganalisis soalan tersebut saya mendapati dalam tugasan ini saya perlu mencari bahan dari internet mengenai penilaian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), membuat rumusan mengenai penilaian kemahiran berfikir pelajar dalam P&P dan membuat refleksi metakognitif ketika mencari bahan tersebut secara online.Pertama saya berfikir berapa artikel yang saya perlu cari dan saya fikir saya perlu cari seberapa banyak bahan yang boleh saya dapat agar saya dapat membuat pilihan. Kedua, apakah kata kunci yang sesuai yang hendak ditulis dalam enjin pencarian internet dan apakah enjin pencarian yang sesuai ketika hendak mencari bahan tersebut. Mungkin kata kunci yang sesuai ialah ialah penilaian kemahiran berfikir pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir pelajar di dalam bilik darjah, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta akhir sekali kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar dalam bilik darjah. Mula-mula saya haruslah menggunakan enjin pencarian google dan kemudian barulah menggunakan yahoo sama ada di Malaysia mahupun seluruh internet. Akhir sekali berapakah peruntukan masa yang saya perlu untuk mencari bahan-bahan ini mungkin dua, tiga jam atau 2 hari.
b) Memantau
Semasa dalam proses pencarian saya memantau bahan atau artikel yang sesuai untuk tugasan ini. Bahan pertama yang saya jumpai dalam enjin pencarian google ialah:http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf
Artikel laman web ini bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Kajian ini ditulis oleh oleh Rafiei b Hj Mustapha panitia Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan. Kajian ini berkisar sejauh mana seorang guru itu menggunakan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses pegajaran dan pembelajaran sekolah menengah negara Malaysia. Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut membanding dan membeza, membuat ramalan, menerangkan sebab, mengkategori dan lain-lain. Dalam kajian ini juga , pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan ialah merangkumi semua aspek kemahiran bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan memaham, kemahiran menulis dan kemahiran Tatabahasa. Ia juga merangkumi segala aktiviti dan penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Di antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir di kalangan pelajar adalah seperti berikut perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir,berfikir secara aktif - pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat pengurusan berfiki,berfikir tentang proses berfikir - pelajar disoal tentang proses berfikir yang telah mereka lakukan; kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan dan aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.Selain itu dari aspek penyoalan guru hendaklah mengemukan soalan berdasarkan aras kognitif seperti pengetahuan, kefahaman, penggunaan,analisi dan sintesis.
Laman web yang kedua juga saya jumpa dalam enjin pencarian google iaitu http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf
Artikel laman web ini bertajuk Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran yang ditulis oleh N.S. Rajendran Ph. D. (Michigan State), Fakulti sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Artikel ini merupakan kertas kerja yang mengkaji aspek penyediaan guru untuk membolehkan guru-guru mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang diajar. Antara aspek yang diberi penumpuan ialah aspek ilmu, kemahiran pengajaran pembelajaran dan sikap, proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Guru perlulah menerima penglibatan yang aktif agar pelajar menerima pengalaman bermakana melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,juga guru yang bersepsi bahawa mengajar kemahiran berfikir bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam bentuk penyebatian pada tahap rendah. Guru yang bersepsi bahawa merancang pelajaran untuk mengajar ialah pada tahap yang tinggi.
Laman web yang ketiga yang saya dapat dan juga daripada enjin pencarian google ialah http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article100.pdf
Artikel laman web ini bertajuk MELAYAN PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN : PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR SEBAGAI SATU ALTERNATIF BERKESAN oleh K. Narayanasamy,Ketua Unit Pengajian Tamil, MPSK. Keefe (1979) mendefinisiskan gaya pembelajaran sebagai komposit ciri-ciri beberapa faktor kognitif, efektif dan psikologi yang menjadi indikator-indikator bagaimana seseorang membuat persepsi dan berinteraksi serta respon dengan alam sekitarnya. Ada juga yang mengatakan gaya pembelajaran sebagai pola-pola intrinsik memproses informasi yang mewakili mod/cara tertentu seseorang membuat persepsi, berfikir, mengingat kembali dan menyelesaikan masalah. Takrifan ini lebih menonjolkan unsur kognitif gaya pemprosesan dan berfikir manusia. Lantaran itu, istilah `Cognitive style' sering digunakan sebagai indikator untuk gaya pembelajaran. Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar bersaskan kepada cara mereka gemar
belajar.Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Proses-proses utama kemahiaran berfikir membuat banding dan beza yang ditekankan oleh guru tersesbut adalah seperti berikut, mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakan, mencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebut ,mencari perbezaan, sebelummencari berbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaan dan lain-lain. Penyebatian kemahiran berfikir dengan konteks atau isi kandungan pembelajaran memberi peluang untuk pelajar memproses informasi secara aktif dan reflektif.
Dan laman web yang terakhir yang saya peroleh ialah http://eprints.usm.my/9100/1/KESAN_PENDEKATAN_PENYEBATIAN_KEMAHIRAN_BERFIKIR_KREATIF_DALAM_PENGAJARAN_KARANGAN_DESKRIPTIF.pdf
Artikel ini bertajuk KESAN PENDEKATAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DALAM PENGAJARAN KARANGAN DESKRIPTIF DAN KARANGAN IMAGINATIF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN IV oleh SITI ZABIDAH BT MOHAMED. Artikel tesis ini membincangkan potensi kreatif boleh dipertingkatkan. Dapatan kajian Torrance (1963) menunjukkan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak-kanak kaku dan beku. Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersama-sama dengan kelahiran, perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah ‘berfikir biasa’ yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai.Bagi merealisasikan penggunaan unsur kemahiran berfikir kreatif (KBK) dalam penulisan karangan, Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998) menyatakan bahawa kemahiran berfikir telah dinyatakan secara eksplisit dalam kurikulum Bahasa Melayu. Penyebatian kemahiran berfikir bersama isi kandungan pelajaran adalah untuk mendedahkan proses berfikir kepada pelajar melalui aktiviti, penggunaan alat berfikir dan bahan rangsangan yang digunakan dalam proses pengajaran. Melalui proses pengajaran, diharapkan dapat melahirkan pelajar yang peka kepada persekitaran dan boleh dimanfaatkan melalui penulisan karangan.
c) Penilaian.
Setelah penat mencari artikel-artikel kemahiran berfikir yang berkaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu hampir 2 jam lebih, akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih salah satu artikel daripada 4 artikel tersebut. Namun begitu, semasa dalam penilaian ada beberapa artikel yang saya keliru hendak mengambil mana satu iaitu antara artikel yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Melayan Pelbagai Gaya Pembelajaran: Pengajaran Kemahiran Berfikir Sebagai Satu Alternatif Berkesan. Keduanya duanya hampir memenuhi kehendak soalan yang diberi. Namun demikian setelah saya telah teliti kembali kedua-dua artikel tersebut, maka saya memilih artikel yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Hal ini kerana artikel ini seperti menepati kehendak soalan iaitu kemahiran berfifkir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Unsur Kemahiran Berfikir yang hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah aspek-aspek seperti penyoalan, aktiviti dan latihan bertulis, unsur tersebut telah terjelma dalam pengajaran. Walaupun masih ada guru masih belum sedar tentang kepentingan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, program pendedahan di peringkat sekolah perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh guru dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru ialah dari segi pengetahuan guru, perancangan,Set Induksi Pengajaran, Bahan Pengajaran, Penyoalan, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan Latihan Bertulis. Kemudian saya menulis rumusan berdasarkan artikel tersebut.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment