PENGENALAN
Masalah Pendengaran
Tinjuan literature menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak mempunyai kebolehan kognitif sama dengan kanak-kanak biasa(Moores,2001).Bagaimanapun didapati kebanyakan kanak-kanak pekak menunjukkan pencapaian akademik yang rendah(Gargiulo,2003;Easterbooks & Baker,2002; moores,2001).
Kerosakan deria menyebabkan mereka sukar untuk belajar bahasa dengan sempurna.Masalah dalam menguasai bahasa menyukarkan kanak-kanak masalah pendengaran untuk menerima ilmu dengan baik. Kekurangan yang dialamai oleh kanak-kanak masalah pendengaran ini sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik mereka.Ibubapa,guru dan masyarakat merupakan factor penting dalam membentuk pencapaian akademik yang baik bagi kanak-kanak masalah pendengaran
Autisme
Model ketidakuapayaan Tiga Segi yang dikemukakan oleh Wing dan Gauld (1979) menunjukkan bahawa individu autistic mengalami tiga jenis ketidakupayaan yang utama, iaitu komunikasi sosial,ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi.Wing (1996) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai cirri-ciri autistic juga mengalami masalah tingkahlaku, keminatan dan aktiviti yang terbataas dan berulang.
Ibu bapa dan guru perlu tahu intervensi-intervensi awal dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autism ini.Perkhidmatan atu program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam 5 bidang iaitu perkermbangan fizikal,kognitif,komunikasi sosial,emosi dan adaptasi.
ULASAN JURNAL
KANAK-KANAK MASALAH PENDENGARAN
Persekitaran keluarga, jangkaan ibubapa dan penglibatan ibu bapa berperanan menentukan kejayaan dan kegagalan kankank pekak dalam bidang akademik.Kajian juga menunjukkan bahawa jika ibubaoa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak,pencapaian akademik anak menjadi bertambah baik(Luchuck,1998;Simon 2000;Kim 2002; Shumow & Miller,2001).
Ibubapa perlu menekankan kepada pengajaran berbentuk bacaan dan penulisan terhadap kanak-kanak ini.Kaedah ini telah menunjukkan bahawa mereka boleh menulis dan membaca sebelum mereka mula bersekolah.Kanak-kanak pekak ini juga turut dilibatkan dalam perbualan harian dan aktiviti keluarga.
Intervensi awal sebagai satu cara usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak msalah pendengaran.antaranya ialah memakai alat bantuan pendengaran,menyediakan latihan komunikasi dan mengjar anak membaca dan menulis.Toscano et al. (2002) menegaskan bahawa pencapaian kanak-kanak bergantung kepada intervensi awal yang diterima.
Ibubapa yang telah mula mengajar anak sejak kecil,mempelajari komunikasi yang digunakan anak pekak,mengambil bahagian dalam pendidikan anak-anak disekolah atau dalam komiti dapat membantu anak untuk cemerlang.
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Intervensi Awal
Khidmat pengesanan awal terhadap bayi yang baru lahir Automated Auditory brainstem Response (AABR) dan Otaocoustics Emissions (OAE) perlu dilaksanakan secara meluas dengan menjalankan pengesanan terhadap bayi yang baru lahir.Di samping itu, program-program outreach yang baru dimulakan olah Jawatankuasa Inter-agensi Program Pembangunan kanak-kanak di Malaysia perlu diperluaskan agar satu system sokongan yang kengkap dan menyeluruh dinikmati oleh semua ibubapa yang memerlukan.
Menyediakan Peluang Pendidikan yang Sama Rata
Menurut Kementerian Pendidikan(1997), bagi murid-murid yang mengalami masalah pendengaran, mereka ditempat di sekolah khas. Melalui program ini, pelajar diajar menggunakan bahasa isyarat dan menggunakan alat bantuan pendengaran bagi merka yang berupaya menggunakannya.Akta Pendidikan 1996(Peraturan-peraturan Pendidikan[pendidikan khas]) 1997 telah berkuatkuasa 1998, telah menetapkan bahawa setiap murid dengan keperluan khas adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas.
Salah satu program pendidikan khas yang terkandung dalam akta ini ialah program pendidikan inklusif bagi murid-murid berkeperluan khas yang boleh ditempatkan didalam kelas biasa bersama pelajar-pelajar tipikal.Kandungan kurikulum juga sama dengan pelajar-pelajar tipikal tetapi teknik pengajaran yang berlainan.Guru-guru atau pembantu murid perlu tahu menggunakan bahasa isyarat untuk mengajar mereka.
Selain itu, sesi pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu sesi komunikasi total iaitu semasa sesi segala penyampaian pengajaran diberikan secara total oleh guru tanpa melibatkan sebarang aktiviti lain melainkan aspek murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh guru melalui penggunaan bahasa isyarat. Sesi kedua pula dinamakan sesi sudut kerja iaitu sebaik sahaja murid telah habis melalui komunikasi total maka seterusnya mereka akan berpindah ke meja-meja yang diletakkan di bahagian belakang bilik darjah bagi melakukan aktiviti -aktiviti seperti penulisan mahupun tugasan lain.
Kolaborasi antara Agensi
Menurut risalah yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Inter-agensi program Perkembanagn dan Perkembangan Kanak-kanak Negara (2003), Kementerian Kesihatan misalnya menyediakan pemulihan pertuturan dan pemulihan pendengaran.
Kementerian pelajaran menyediakan program pendidikan rasekolah hingga sekolah menengah.Badan bukan kerajaan pula menyediakan pusat harian dan pusat latihan, program intervensi awal ,bahasa isyarat dan sebagaianya.
bersambung.............
No comments:
Post a Comment