Get graphics at Nackvision.com

Friday, May 7, 2010

hpp12 sambungan

KANAK-KANAK AUTISME


Ada tiga elmen intervensi awal yang dilakukan terhadap kanak-kanak autistic ini,iaitu jenis intervensi yang diterima, cara penyampaian perkhidmatan dan bentuk penglibatan ibubapa.

Jenis intervensi yang diterima

Jenis intervensi yang diterima antaranya ialah terapi pertuturan.,komunikasi augmentative ,sokongan tingkah laku,terapi cara kerja.

Pecs ataupun Picture Exchange Communication System adalah suatu sistem komunikasi augmentative direka untuk membantu individu dengan cepat mendapatkan cara untuk berkomunikasi fungsional (Bondy dan Frost, 1994). Pecs ini berpadanan untuk anak-anak dan orang dewasa yang non-verbal atau yang boleh bercakap dengan kemampuan bahasa yang terhad, perancangan motorik artikulasi atau kesulitan, atau kurangnya pertuturan spontan
Terapi cara kerja ialah seperti untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti eye contact, pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.berbagai rangsangan pancaindera / deria dan latihan ibubapa.

.
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya.


Fokus pembelajaran di pusat latihan iaitu lebih menekankan kemahiran motor halus,koordinasi mata tangan,kemahiran sensori dan kemahiran kognitif.

Kanak-kanak ini digalakkan dihantar ke tadika aliran perdana supaya berpeluang berinteraksi dan bercampur dengan kanak-kanak tipikal.


Secara keseluruhannya,terapi pertuturan merupakan intervensi yang paling ditekankan serta komunikasi augmentif.Hal ini kerana salah satu ciri utama kanak-kanak autistik ialah kelambatan perkembangan bahasa dan pertuturan (Charlop & Haymes,1994).Mereka ini tidak pekak tetapi kelihatan pekak kerana mereka seperti tidak dengar apa yang orang lain cakap.Perkembangan bahasa mereka juga lambat seperti kanak-kanak pekak dan kadangkala mereka ini tidak mempunyai bahasa.


Namun didapati intervensi sokongan sosial,sokongan tingkah laku dan perkhidmatan inklusif kurang diterima oleh kanak-kanak autistik.

Selain itu ialah Applied Behavioral Analysis yang ditemui oleh Ivar O. Lovaas (Maurice, 1996). Pengendalian campur tangan awal menggunakan teknik 'one-on-one' atau satu guru satu anak, yang sangat intensif dan terfokus dengan kurikulum yang sangat berstruktur.

Cara penyampaian Perkhidmatan.

Antara penyamapaian perkhidmatan ialah peluang integrasi,laporan kemajuan, kesepadaanan dengan rutin keluarga, pertunjukkan teknik oleh pembekal perkhidmatan.

Sesetengah pusat latihan menggalakkan kehadiran ibubapa bersama dengan anak apabila belajar dipusat latihan.Ibubapa berperanan sebagai pembantu anak didalam kelas.Kehadiran ibubapa atau penjaga semasa pembelajarn mengurangkan gangguan yang ditimbulkan kanak-kanak autistic seperti masalah disiplin dan pengurusan diri supaya guru boleh menumpukan perhatian dalam pengajaran.

No comments:

Post a Comment